Wednesday, September 11, 2013

Jenis-Jenis Batik

Batik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang masih unggul sehingga saat ini dan ianya berpotensi menembusi pasaran antarabangsa . Corak dan kombinasi warnanya yang tidak lekang dek peredaran fesyen antarabangsa tanpa meninggalkan ciri tradisi tetap menjadi pilihan .

Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik . Antara teknik utama ialah Batik Blok , Batik Tulis , Batik Skrin dan Batik Pewarnaan Asli .

BATIK BLOK

Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia . Ianya dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna . Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 masihi dan ia terus berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua .

BATIK TULIS

Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton , Jawa . Sesungguh pun dihasilkan menggunakan kaedah yang sama iaitu lakaran cating , wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga esteknik dan teknik pengeluaran antara kedua-duanya .

Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan menggumakan cating . Cating merupakan bekas tembaga kecil bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya serta mempunyai saluran kecil yang dapat mengeluarkan lilin cair . Ia mempunyai pemegang supaya mudah digunakan . Cating diisikan dengan lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran cating keatas kain yang telah diregangkan diatas pemidang mengikut reka corak yang dikehendaki . Kain yang telah dicanting , diwarnakan , dikeringkan , dimatikan warna dan direbus bagi mengeluarkan lilin sebelum dikeringkan sekali lagi .

Terdapat 5 jenis cating iaitu Canting Burung , Canting Kasut , Canting Periuk , Canting Bola dan canting pelbagai mata .

BATIK SKRIN

Batik Skrin dibuat dengan menggunakan blok skrin . Blok skrin disediakan berasaskan reka corak yang dikehendaki . Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang dikehendaki dimana setiap blok skrin boleh dicetak satu warna .

Didalam proses penyediaan blok skrin secara manual rekaan diambil gambar

No comments:

Post a Comment