Wednesday, September 11, 2013

Batik Buatan Malaysia

Asal usul batik masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini . Ada pendapat yang mengatakan batik berasal dari India dan ada pula mengatakan ia dari Parsi . Pakar arkeologi pula pernah menjumpai cebisan kain berupa batik di Mesir menghiasi pakaian mereka dengan teknik menyerupai batik pada tahun 70 masihi lagi .

Namun para pengkaji mempercayai ia berasal dari kepulauan melayu dan bahawa terdapat pemikiran diantara Asia Tenggaradan India pada zaman dahulu yang membawa batik menjelajah ke benua lain . Terdapat juga kemungkinan bahawa batik tiba di Mesir di kepulauan Melayu melalui India memandangkan seni mengecap lilin ke atas kain kain adalah seni warisan Melayu berdasarkan rumusan pengkajian sejarawan Winstedt dan Skeat

Seni begini tidak pernah terdapat dalam tradisi budaya India . Teori ini diperkuatkan dengan perkataan batik itu sendiri berunsurkan Melayu dan Jawa iaitu titik dan amba (tulis) .

Pendapat mengenai asal usul batik bukan saja berdasarkan nama tetapi juga berdasarkan kepelbagaian teknik . Batik pelangi misalnya , menggunakan teknik ikat celup dikenali di Malaysia dan di Indonesia sebagai pelangi atau titik yang mengambil kira kepelbagaian warna pelangi .

Perusahaan Batik di Malaysia di kategorikan kepada beberapa jenis iaitu Batik Blok , Batik Tulis , Batik Skrin  serta Batik Pewarnaan Asli dan setiap satu nya mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri . Melihatkan kepada ciri-ciri versatile pada tekstil ini , batik ditampilkan dalam pelbagai guna seperti fesyen tradisional dan kontemporari mahupun aksesori tambahan serta hiasan dalaman . Batik melihatkan kelainan mengikut pilihan kain yang digunakan seperti kain kapas , kain sutera , campuran kain sutera dan sulaman serta jahitan manik yang disuaipadankan pada batik menyerlahkan lagi keanggunan pemakai

Batik merupakan satu kraftangan yang unggul Di Malaysia . Sejak abad 15 masihi lagi . Manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional . Pada masa dahulu , masyarakat melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden . Batik mula dipekenalkan di nehara Malaysia khususnya di negara Kelatan pada tahun 1910 lagi . Di alam Melayu , sejenis batik dipanggil Batik Pelangi telah dipekenalkan sejak tahun 1770-an lagi . Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu

Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik . Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik .Motif organik berunsur alam semula jadi seperti awan larat , tumbuh-tumbuhan dan haiwan . Manakala contoh motif geometri adalah motif pucuk rebung dan motif bunga kotak bercampur .

No comments:

Post a Comment