Saturday, September 14, 2013

Cara Membuat Batik


Alatan yang biasa digunakan untuk membuat batik adalah :-
 (a) Blok penerap 
 (b )Campuran lilin
 (c) Kain
 (d) pencelup
 (e) Sebuah meja

Kain benang kapas putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik . Selepas diterap dengan lilin pertama , ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit . Selepas itu , ia akan diterap untuk kali kedua kemudian dicelup dengan warna yang gelap . Proses ini akan diteruskan sehingga habis . Kain ini akan direbus dengan air yang mengandungi soda . Apabila direbus , warna-warna kelainan akan kelihatan . Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering . Kain-kain batik yang sudah kering akan digosok , dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan . 

Batik Indonesia

Di Indonesia , sebahagian besar khususnya Pulau Jawa adalah daerah dimana batik dikembangkan . Orang belanda membawa tukang Indonesia untuk mengajar kerajianan sipir Belanda di beberapa kilang di Belanda pada tahun 1835 . Batik tiruan dihasilkan Switzerland di awal 1940-an . Kemudian di Jawa cetakan berbentuk blok dari lilin mula dibangunkan di Jawa . Pada awal 1900-an orang jerman telah membangunkan pengeluaran batik masa . Pulau Jawa di bandar-bandar seperti Solo , Yogjakarta , Pelangkongan atau Cirebon batik di eksport ke pulau-pulau lain di Nusantara dan Semenanjung Malaya 

Batik Tradisisional Jawa  , teruatama dari yogjakarta dan Surakarta , mempunyai maksud berkonsepkan ke konseptualisasi Jawa . Warna tradisional termasuk biru tua , coklat tua dan putih mewakili tiga dewa utama hindu (Brahma , Vishnu , dan Shiva). Hal ini berkaitan dengan fakta bahawa pewarna alami yang paling umum didapati dalam nila dan coklat . Pola-pola tertentu hanya dapat dipakai oleh bangsawan . Warna batik pesisir ,dari bandar-bandar pesisir utara Jawa , lebih berani dan bersemangat kerana terpengaruh menyerap pengaruh dari Jawa Arab , budaya Cina dan Belanda .    

Wednesday, September 11, 2013

Jenis-Jenis Batik

Batik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang masih unggul sehingga saat ini dan ianya berpotensi menembusi pasaran antarabangsa . Corak dan kombinasi warnanya yang tidak lekang dek peredaran fesyen antarabangsa tanpa meninggalkan ciri tradisi tetap menjadi pilihan .

Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik . Antara teknik utama ialah Batik Blok , Batik Tulis , Batik Skrin dan Batik Pewarnaan Asli .

BATIK BLOK

Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia . Ianya dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna . Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 masihi dan ia terus berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua .

BATIK TULIS

Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton , Jawa . Sesungguh pun dihasilkan menggunakan kaedah yang sama iaitu lakaran cating , wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga esteknik dan teknik pengeluaran antara kedua-duanya .

Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan menggumakan cating . Cating merupakan bekas tembaga kecil bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya serta mempunyai saluran kecil yang dapat mengeluarkan lilin cair . Ia mempunyai pemegang supaya mudah digunakan . Cating diisikan dengan lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran cating keatas kain yang telah diregangkan diatas pemidang mengikut reka corak yang dikehendaki . Kain yang telah dicanting , diwarnakan , dikeringkan , dimatikan warna dan direbus bagi mengeluarkan lilin sebelum dikeringkan sekali lagi .

Terdapat 5 jenis cating iaitu Canting Burung , Canting Kasut , Canting Periuk , Canting Bola dan canting pelbagai mata .

BATIK SKRIN

Batik Skrin dibuat dengan menggunakan blok skrin . Blok skrin disediakan berasaskan reka corak yang dikehendaki . Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang dikehendaki dimana setiap blok skrin boleh dicetak satu warna .

Didalam proses penyediaan blok skrin secara manual rekaan diambil gambar

Batik Buatan Malaysia

Asal usul batik masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini . Ada pendapat yang mengatakan batik berasal dari India dan ada pula mengatakan ia dari Parsi . Pakar arkeologi pula pernah menjumpai cebisan kain berupa batik di Mesir menghiasi pakaian mereka dengan teknik menyerupai batik pada tahun 70 masihi lagi .

Namun para pengkaji mempercayai ia berasal dari kepulauan melayu dan bahawa terdapat pemikiran diantara Asia Tenggaradan India pada zaman dahulu yang membawa batik menjelajah ke benua lain . Terdapat juga kemungkinan bahawa batik tiba di Mesir di kepulauan Melayu melalui India memandangkan seni mengecap lilin ke atas kain kain adalah seni warisan Melayu berdasarkan rumusan pengkajian sejarawan Winstedt dan Skeat

Seni begini tidak pernah terdapat dalam tradisi budaya India . Teori ini diperkuatkan dengan perkataan batik itu sendiri berunsurkan Melayu dan Jawa iaitu titik dan amba (tulis) .

Pendapat mengenai asal usul batik bukan saja berdasarkan nama tetapi juga berdasarkan kepelbagaian teknik . Batik pelangi misalnya , menggunakan teknik ikat celup dikenali di Malaysia dan di Indonesia sebagai pelangi atau titik yang mengambil kira kepelbagaian warna pelangi .

Perusahaan Batik di Malaysia di kategorikan kepada beberapa jenis iaitu Batik Blok , Batik Tulis , Batik Skrin  serta Batik Pewarnaan Asli dan setiap satu nya mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri . Melihatkan kepada ciri-ciri versatile pada tekstil ini , batik ditampilkan dalam pelbagai guna seperti fesyen tradisional dan kontemporari mahupun aksesori tambahan serta hiasan dalaman . Batik melihatkan kelainan mengikut pilihan kain yang digunakan seperti kain kapas , kain sutera , campuran kain sutera dan sulaman serta jahitan manik yang disuaipadankan pada batik menyerlahkan lagi keanggunan pemakai

Batik merupakan satu kraftangan yang unggul Di Malaysia . Sejak abad 15 masihi lagi . Manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional . Pada masa dahulu , masyarakat melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden . Batik mula dipekenalkan di nehara Malaysia khususnya di negara Kelatan pada tahun 1910 lagi . Di alam Melayu , sejenis batik dipanggil Batik Pelangi telah dipekenalkan sejak tahun 1770-an lagi . Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu

Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik . Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik .Motif organik berunsur alam semula jadi seperti awan larat , tumbuh-tumbuhan dan haiwan . Manakala contoh motif geometri adalah motif pucuk rebung dan motif bunga kotak bercampur .

Tuesday, September 10, 2013

Asal Usul Batik



Batik berasal daripada perkataan jawa "amba" yang bermaksud tulis dan "nitik" yang membuat titik .Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik . Batik terdapat dalam pelbagai bentuk , antaranya adalah batik tulis , batik skrin , dan batik terap . Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun , kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria . Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon , Mali dan Nigeria atau di Asia seperti Bangladesh , India , Indonesia , Iran , Malaysia , Sri Langka dan Thailand . Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara . Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa beubah-ubah .

Batik ialah salah satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Perkembangan awal memperlihatkan kesan dan pengaruh batik daripada jawa. Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang Dunia Kedua, perusahaan batik di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini. Hasil-hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya. Ini melambangkan satu kemahiran kerjatangan yang kreatif di kalangan pembuat-pembuat batik tanah air. Daya tarikan batik bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk tempatan malah ia turut mendapat sambutan dari pelancong-pelancong asing yang datang dari luar negeri.



Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik, proses dan gaya tertentu, Salah satu teknik ialah Batik Blok. Di Pantai Timur ia lebih dikenali sebagai Batik Cap atau Batik terap. Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang blok kayu untuk mengecap sejenis bahan pewama hitam semulajadi. Teknik awal ini dipanggil ‘Terap Hitam’. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin di dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di Pantai Timur.Sejajar dengan itu, blok-blok yang diperbuat daripada kepingan keluli mula mengambil alih tugas Kegunaan Kain Batik Blok
Kain Batik Blok merupakan kegemaran penduduk tempatan. Ianya dijadikan sebagai kain batik sarung dan batik ela. Selain dijadikan pakaian, kain batik ela boleh diubahsuai untuk menghasilkan kain cadar, langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg tangan dan berbagai-bagai jenis barang kegunaan seharian yang indah dan cantik.

Motif dan Rekacorak Hiasan
Motif-motif yang sering digunakan pada kain batik blok adalah berupa corak tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga tempatan seperti Bunga Mawar, Bunga Orkid, Bunga Cengkih, Bunga Cina, akar-akar menjalar, paku-pakis dan corak-corak geometrik terutamanya motif Pucuk Rebung. Motif-motif ini pula diterapkan dalam berbagai susunan dan tataletak, seperti melintang, tegak, serong, tompok-tompok dan susunan batu-bata.
blok kayu sebelumnya. Corak-corak blok keluli ini lebih kemas dan halus buatannya. Blok-blok khas disediakan untuk menerap lilin pada bahagian Kepala Kain, Kapit Kain dan Badan Kain